Aku tidak berkesempatan untuk menonton perlawanan antara MU dengan Norwich City (NC) secara siaran langsung kerana berada di Pulau Pinang. Aku cuba untuk menonton secara 'live streaming' tetapi siarannya tersekat-sekat kerana ketidakstabilan internet dan menyebabkan aku hanya berminat menyaksikan perlawanan pada separuh masa pertama sahaja.
Kesebelasan utama MU vs. NC:
Carrick merupakan pemain yang konsisten dan mampu beraksi dengan baik. Tetapi Carrick memerlukan gandingan yang boleh bergerak pantas dan rajin mengekang larian pemain lawan kerana beliau sedikit perlahan ketika bergerak dan hanya berkesan dalam membuat pintasan ataupun mengekori pemain. Jadi, kemasukan Giggs sebagai pasangan Carrick sebenarnya menyebabkan mobiliti bahagian tengah MU sedikit terencat dan mengundang padah apabila pihak lawan melancarkan serangan balas pantas.
Ramai yang kecewa kerana Anderson tidak diberikan peluang untuk beraksi. Cleverly mungkin terpaksa diketepikan kerana telah beraksi hampir 60 minit ketika bersama England dalam perlawanan persahabatan dengan Sweden pada pertengahan minggu. Anderson seharusnya diturunkan dalam kesebelasan utama walaupun kecergasan sepenuh masa permainannya sedikit diragui.
Selain bahagian tengah yang agak longgar, MU juga kini mempunyai masalah dari segi kemerosotan prestasi di bahagian sayap. Valencia seolah-olah kelihatan sengat dan kurang keyakinan untuk berlari melepasi kawalan pemain lawan. Nani pula mengalami kecederaan sementara Young masih belum beraksi di tahap terbaik sekembalinya pulih dari kecederaan. Mungkin, buat sementara waktu, tiba masanya untuk SAF mengubah formasi dari 4-4-2 standard kepada 4-4-2 berlian, menggunakan empat pemain tengah sekaligus bagi menampung ketidakberkesanan bahagian sayap.
Ketiadaan Rooney jelas dirasai oleh MU. RVP yang cuba bermain sedikit ke bawah bagi menggerakkan serangan tidak begitu berkesan. Ini menyebabkan Chicharito keseorangan di atas dan kurang mendapatkan sokongan dan bantuan secukupnya. Chicharito dilihat lebih banyak berlari mengejar bola dan memberikan tekanan kepada pertahanan NC namun kerajinannya tidak memberikan hasil yang setimpal.
MU dijangkakan mampu untuk mencatatkan kemenangan. Namun, kelonggaran dalam persembahan MU selain keberkesanan NC melaksanakan taktikal sama ada ketika menyerang mahupun bertahan, menyebabkan MU hanya mampu untuk berputih mata. NC pula memperoleh kemenangan yang cukup berharga hasil penat lelah dan usaha gigih yang ditunjukkan oleh para pemain. MU telah menyertai Arsenal dan Spurs sebagai pasukan besar yang telah tewas di tangan NC pada musim ini.
Prestasi MU agak hambar pada musim ini selepas mencatatkan tiga kali tewas dalam saingan BPL. Kekalahan kepada NC menyebabkan Man City berjaya memintas MU untuk mengepalai carta BPL dengan perbezaan satu mata. Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh SAF dan juga MU jika ingin merampas kejuaraan daripada Man City.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan