Jumaat, 9 November 2012

Preview: MU vs Aston Villa (BPL)


MU mencari lagi tiga mata penuh untuk mengukuhkan kedudukan di tangga teratas apabila berkunjung ke Villa Park bagi perlawanan BPL ke11 musim ini.



Dengan Chelsea dan Man City akan hanya beraksi pada hari Ahad, MU sekurang-kurangnya akan dapat melebarkan jurang perbezaan mata jika mencatatkan kemenangan ke atas Aston Villa (AV) dalam perlawanan yang akan berlangsung tengah malam Sabtu.

Dalam pertemuan terdahulu di OT, MU mengalahkan AV dengan keputusan 4-0 di mana Rooney meledakkan dua gol sementara Nani dan Chicharito masing-masing menyumbangkan satu gol. Jika dilihat rekod pertemuan MU dengan AV, Villa Park merupakan antara gelanggang yang tidak pernah mengecewakan MU kerana bukan sahaja MU mendapatkan kemenangan, malah keputusan yang diperoleh selalunya melibatkan bilangan gol yang banyak.

SAF pastinya akan menurunkan kesebelasan terbaik bagi bertemu AV selepas mengambil keputusan mengetepikan beberapa pemain utama dari aksi pertengahan minggu dalam saingan UCL. Namun, Jones yang dikatakan telah pulih dari kecederaan tidak dapat diturunkan kerana perlawanan ini masih terlalu awal. Fletcher juga mungkin tidak senaraikan kerana mengalami selesema yang turut menyebabkan dirinya tersisih dari perlawanan menentang Braga.

Lindegaard akan menggantikan DDG selaku penjaga gol MU dengan empat pemain pertahanan tetap iaitu Rafael, Ferdinand, Evans dan Evra mengambil tempat masing-masing. Dengan menggunakan formasi 4-4-2 standard, SAF akan meletakkan Valencia dan Young di bahagian sayap sementara Carrick dan Cleverly diberikan tugas mengemudikan bahagian tengah MU. Bahagian serangan pula milik gandingan Rooney dan RVP yang dilihat semakin hari menampakkan kesefahaman.

AV setakat ini hanya memperoleh dua kemenangan dan berada di tangga ke17 liga dengan mengumpulkan 9 mata. Pada musim ini, AV yang dikendalikan oleh bekas pengurus Norwich City, Lambert masih lagi tercari rentak permainan. Ini adalah kerana AV juga dihimpit dengan masalah kecederaan di bahagian pertahanan sepertimana MU.

Selain itu, Lambert dilihat lebih menaruh kepercayaan kepada penyerang muda, Benteke berbanding meletakkan Bent selaku penyerang utama bergandingan dengan Agbonlahor. Jadi, boleh dikatakan AV mempunyai pasangan penyerang yang memiliki larian pantas sekaligus mampu untuk mengucar-kacirkan pertahanan MU nanti.

RVP semestinya menjadi harapan MU untuk merobek pertahanan muda AV selepas dalam 14 perlawanan musim ini, RVP telah menjaringkan 11 gol. Rooney pula mungkin tidak dibebankan dengan tugas membantu bahagian tengah MU memandangkan AV tidak mempunyai bahagian tengah yang mantap seperti Arsenal dan Chelsea.

Young yang akan bertemu dengan pasukan lamanya akan diberikan perhatian kerana pada musim lepas, Young dilihat merebahkan badan dengan mudah bagi mendapatkan sepakan penalti daripada pengadil. Mungkin SAF akan memberikan peringatan kepada Young agar tidak mengulangi perbuatan sedemikian bagi mengelakkan timbulnya sebarang spekulasi.

MU perlu mempergunakan peluang bertemu dengan pasukan 10 terbawah bagi mencatatkan kemenangan tatkala dua pasukan pencabar berhadapan dengan lawan yang sukar di mana Chelsea bakal menentang Liverpool manakala Man City berlawan dengan Spurs.


Kesebelasan utama:



Jangkaan perlawanan dan keputusan:

Aku merasakan MU mampu membuka jaringan di awal permainan memandangkan pertahanan AV yang dilihat agak rapuh. Jika MU mampu membuat jaringan awal, MU tidak akan menghadapi masalah dari AV dan tidak mustahil untuk mencatatkan kemenangan selesa 4-1 ke atas AV. RVP mampu untuk meledakkan hatrik manakala satu gol lagi disumbangkan oleh Rooney.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan