Selasa, 6 November 2012

Preview: MU vs SC Braga


Pertemuan dengan SC Braga (Braga) di Portugal merupakan perlawanan pertama dari empat yang berlangsung di tempat lawan dalam semua pertandingan buat MU.



MU dilihat mampu untuk melepasi saingan kumpulan H UCL musim ini apabila setakat ini, MU telah memperoleh tiga kemenangan dari tiga perlawanan yang berlangsung sebelum ini. Jadi, kunjungan MU ke Braga diharapkan dapat membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata bagi menjadikan mata terkumpul 10 sekaligus mencapai sasaran yang selalu ditetapkan oleh SAF apabila ingin melihat MU melepasi saingan kumpulan UCL.

Selepas mencatatkan kemenangan berharga ke atas Arsenal di OT baru-baru ini, MU bakal beraksi dalam 4 perlawanan melibatkan BPL dan UCL di halaman lawan. Braga merupakan lawan pertama yang harus dikunjungi oleh MU. Oleh itu, pemilihan pemain bagi kesebelasan utama menjadi fokal buat SAF untuk memastikan kecergasan pemain berada di tahap terbaik di samping tidak menjejaskan persembahan MU secara keseluruhannya.

SAF berhadapan sedikit dilema terhadap bahagian pertahanan memandangkan tiga pemain pertahanan iaitu Smalling, Jones dan Vidic masih lagi tidak dapat beraksi akibat kecederaan. Ferdinand pula pastinya tidak dapat beraksi secara kerap, perlawanan hujung minggu dan pertengahan minggu kerana memerlukan masa untuk memulihkan kecergasan. Pemain muda pula, Keane dan Wootton tidak sesuai untuk diturunkan dalam perlawanan peringkat eropah yang tampak begitu mencabar.

Namun begitu, Ferdinand yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke34 Rabu ini, berkemungkinan besar akan direhatkan. Jadi, Evans akan digandingkan dengan Keane yang bermain dengan baik ketika bertemu Chelsea dalam perlawanan pusingan keempat Capitol One Cup. Carrick akan direhatkan dan tidak diturunkan sebagai pertahanan tengah seperti bertemu Braga dua minggu lepas memandangkan Carrick kelihatan sukar untuk menangani penyerang Braga yang pantas.

Rafael dan Evra akan mengisi slot di pertahanan tepi bagi memperkuatkan bahagian pertahanan MU dalam misi mendapatkan tiga mata penuh dari Portugal. Fletcher seperti menjadi pemain pilihan MU untuk saingan piala apabila akan menjadi tunjang bahagian tengah. Gandingan Fletcher adalah Scholes yang sudah lebih dua minggu tidak beraksi.

Anderson yang beraksi dengan baik sebagai pemain gantian ketika bertemu Arsenal akan bertindak selaku penggerak serangan MU. Ini adalah kerana, Anderson bukan sahaja mampu mengekang pergerakan pemain tengah lawan malah berupaya meloloskan diri naik ke atas bagi membantu serangan.

Chicharito sekali lagi bakal menjadi duri dalam daging buat Braga apabila diletakkan selaku penyerang utama MU. Chicharito akan dibantu oleh Nani dan Welbeck dan MU dilihat akan menggunakan kebijaksaan dan larian Chicharito menerusi serangan balas pantas bagi merobek pertahanan Braga.

Rooney, RVP, Valencia dan beberapa pemain utama lain akan diletakkan di bangku simpanan dan sedia untuk diturunkan jika MU tidak beraksi dengan baik. Kemenangan ke atas Braga akan memudahkan laluan MU untuk menjuarai kumpulan H dan sekurang-kurangnya membolehkan MU mempunyai peluang untuk undian yang bagus pada peringkat seterusnya.


Kesebelasan utama:



Jangkaan perlawanan dan keputusan:

Braga akan cuba mengancam MU menerusi penyerangnya, Alan dan Eder. MU pula dijangkakan akan memperlahankan rentak perlawanan dan menyerap semua serangan Braga sebelum melancarkan serangan balas pantas menggunakan Nani atau Welbeck sementara Chicharito perlu bijak melepasi perangkap offside. Bagi perlawanan ini, MU mungkin melakukan kejutan dengan mencatatkan kemenangan selesa 3-1 dan gol-gol disumbangkan oleh Chicharito, Anderson dan Welbeck.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan