Keputusan perlawanan:
MANCHESTER UNITED 0
GALATASARAY 1
Yilmaz 54'
Pemain terbaik perlawanan (pilihan MBD):
BURAK YILMAZ
Kesebelasan utama:
Pemain gantian:
Young >> Anderson
Macheda >> Powell
King >> Welbeck
Ulasan perlawanan:
Dengan mengetahui sudahpun layak ke pusingan seterusnya, SAF memilih untuk merehatkan beberapa pemain utama dan menurunkan kesebelasan utama MU yang rata-ratanya muda ketika berkunjung ke Turki untuk bertemu dengan Galatasaray. Rekod 100% kemenangan dalam UCL yang dimiliki oleh MU pada musim ini akhirnya dileburkan selepas tumpas 0-1 di Istanbul.
Yilmaz sekali lagi menjadi penjaring gol buat kelab gergasi Turki itu apabila meledakkan gol kemenangan buat Galatasaray. Jadi, dalam lima perlawanan UCL kumpulan H, Yilmaz telah menjaringkan kesemua lima gol Galatasaray. Gol tunggal Yilmaz yang berpunca daripada sepakan sudut sudah cukup untuk menewaskan MU.
Secara keseluruhannya, MU boleh dikatakan beraksi dengan baik walaupun majoriti kesebelasan utama diisikan oleh pemain muda. Powell mencipta rekod selaku pemain kedua termuda yang pernah beraksi buat MU dalam UCL dengan berusia 18 tahun 242 hari. Rekod termuda masih lagi dipegang oleh bekas pemain MU, Richardson.
Anderson seharusnya diberikan pujian kerana kerap memberikan sumbangan ketika menggerakkan serangan MU. Bergerak ke hadapan secara pantas dan ganas serta kawalan bola yang kemas daripada Anderson membolehkan MU mengancam kubu pertahanan Galatasaray. Fletcher juga bermain dengan baik melindungi bahagian pertahanan selain mengekang serangan Galatasaray.
Dengan adanya Cleverly, bahagian tengah MU dilihat mampu bergerak dengan lancar dan membuat hantaran dengan cepat. Galatasaray dilihat hanya menguasai sebahagian besar permainan tanpa benar-benar mengancam MU secara 'open play'. Welbeck tidak banyak memberikan impak kerana dikawal ketat oleh Eboue, bekas pertahanan Arsenal yang beraksi dengan cemerlang.
Chicharito mungkin terpaksa melupakan buat sementara waktu untuk bermula dari kesebelasan utama. Ini adalah kerana, Chicharito sekali lagi gagal memainkan peranan sebagai penyerang tunggal dengan berkesan. Kekurangan sokongan dan bantuan daripada bahagian tengah MU juga menyebabkan Chicharito kerap keseorangan di bahagian serangan.
Kepulangan Jones sedikit sebanyak menceriakan kembali para peminat MU kerana dapat memperkuatkan lagi bahagian pertahanan. Dalam perlawanan awal pagi tadi, Jones menunjukkan kesefahaman yang baik dengan Carrick dan bijak membaca pergerakan lawan dengan berjaya beberapa kali membuat pintasan.
Walaupun tumpas, MU masih lagi berada sebagai pendahulu kumpulan H. Banyak perkara positif yang boleh diambil daripada kekalahan di tangan Galatasaray. MU boleh memberikan perhatian sepenuhnya kepada BPL tatkala ruang beraksi di UCL diberikan kepada pemain lain dengan saingan peringkat kumpulan berbaki satu perlawanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan