Rabu, 5 Oktober 2016

Nasib berbeza


Perjalanan karier antara Ibrahimovic dan Rooney cukup berbeza.

Walaupun Ibrahimovic menyambut ulang tahun kelahirannya ke-35 baru-baru ini, Ibrahimovic masih lagi dilihat mampu untuk memberikan sumbangan yang cukup bermakna kepada pasukan. Jika ada mana-mana pemain yang usia mereka mencecah 35 tahun, ianya dilihat semakin menghampiri penghujung karier sebagai pemain bola sepak.

Namun, Ibrahimovic tampak masih bertenaga dan cergas untuk beraksi dalam setiap perlawanan. Ramai yang menjangkakan Ibrahimovic akan kekal di MU lebih lama dari kontrak semusim yang ditandatanganinya sebelum musim ini bermula.

Berbeza dengan Rooney yang tahun ini akan menjengah usia 31 tahun. Rooney dilihat seperti berada di penghujung kariernya memandangkan peluangnya untuk beraksi dalam kesebelasan utama semakin mengecil. Kebanyakan peminat MU rata-rata berpendapat MU mesti melepaskan Rooney sebaik sahaja kontrak lumayannya tamat. 

Apa yang pelik adalah tiadanya pemain lain yang ditunding jari ketika MU hanya sekadar seri 1-1 dengan Stoke City dalam perlawanan BPL yang lalu. Tiada pemain yang dikatakan menunjukkan prestasi yang tidak memberangsangkan. Walaubagaimanapun, apabila Rooney diturunkan beraksi dalam kesebelasan utama dan MU gagal memperoleh kemenangan, pastinya Rooney akan menjadi sasaran mudah untuk dijadikan sebagai punca kegagalan MU.

Aku merasakan pengurus MU yang dilantik selepas bersaranya SAF iaitu Moyes, LVG dan JM gagal memainkan peranan dalam menentukan corak permainan dan posisi Rooney. Rooney masih mampu memberikan impak jika diletakkan di posisi sesuai dengan fungsi yang sesuai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan