Selasa, 12 Julai 2016

3 pemain baru


Nampaknya JM berjaya membuat persediaan awal untuk memperkuatkan pasukan untuk saingan musim hadapan.

JM sememangnya memberikan tumpuan untuk tiga bahagian iaitu serangan, tengah dan pertahanan dengan tibanya tiga pemain baru MU iaitu Ibrahimovic, Mkhitaryan dan Bailly. Tindakan JM ini dilihat bijak kerana mampu untuk mengimbangi kekuatan pasukan di setiap bahagian.

Bailly pastinya akan bergandingan dengan Smalling di pertahanan tengah. Smalling memerlukan pasangan yang mampu untuk bergerak pantas walaupun Blind berjaya memainkan peranannya dengan baik pada musim lepas. Namun, Blind agak perlahan jika berhadapan dengan penyerang lawan yang laju di samping Blind memiliki susuk tubuh yang tidak begitu tinggi yang menyukarkan dirinya untuk bersaing ketika situasi bola tinggi.

Nasib Blind kini bergantung kepada kecergasan Shaw yang sedang pulih dari kecederaan. Jika Shaw gagal untuk cergas sepenuhnya untuk musim hadapan, Blind kemungkinan akan diturunkan sebagai full-back kiri untuk sementara waktu memandangkan prestasi Rojo agak begitu tenggelam.

Sepertimana yang telah aku nyatakan sebelum ini, kehadiran Mkhitaryan akan membolehkan JM meletakkan Rooney kembali di bahagian serangan. JM mempunyai pelbagai pilihan seperti Carrick, Schneiderlin, Herrera, Blind dan Schweinsteiger untuk menjadi pasangan Mkhitaryan di bahagian tengah. 

Berdasarkan rekod terdahulu, JM gemar untuk menggunakan tiga pemain tengah. Jadi, terdapat dua slot yang akan menjadi rebutan. Dua slot ini penting bagi membolehkan Mkhitaryan untuk bergerak lebih ke hadapan dan menjadi playmaker bagi menggerakkan serangan MU. Dua pemain tengah ini perlu menjalankan tugas defensif dengan melindungi pertahanan selain menguasai kawasan tengah padang.

Ibrahimovic pastinya akan menjadi titik fokal serangan MU musim hadapan. Jika JM menggunakan formasi 4-3-3, Ibrahimovic akan diberikan sokongan daripada Rooney dan satu slot yang akan menjadi rebutan antara Depay, Martial, Lingard dan Mata sementara Fellaini dan Rashford akan menjadi back-up kepada Rooney dan Ibrahimovic.

JM perlu menggunakan kebijaksanaannya bagi mengatasi masalah lambakan pemain dengan menjual beberapa pemain utama. Jika MU berjaya mendapatkan khidmat Pogba dan beberapa pemain lain yang berada dalam senarai pemain yang dikehendaki MU, beberapa pemain utama seharusnya bersedia untuk melangkah keluar dari MU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan