Prestasi yang merosot musim ini bakal menyaksikan MU akan melakukan rombakan besar-besaran bagi mengembalikan MU ke landasan sebenar pada musim hadapan. Langkah pertama yang diambil oleh MU untuk memperbaiki kelemahan adalah dengan memecat David Moyes (DM) dari menggalas tugas pengurus pasukan.
Berdasarkan perkembangan terkini, MU mensasarkan jurulatih Belanda, Louis van Gaal (LVG) untuk dilantik selaku pengurus yang baru. LVG dikatakan akan mengemudikan MU buat tiga musim dengan sasaran kembali ke peringkat atas serta-merta sebelum menyerahkan tugas pengurus kepada Giggs.
Langkah pertama iaitu mencari pengurus baru bolehlah dianggap selesai. Jadi, MU perlu pula mengenalpasti kelemahan di kalangan para pemain. Semua bahagian MU, tidak termasuk posisi penjaga gol, nampaknya memerlukan tindakan penambahbaikan atau perubahan bagi memastikan MU dapat menunjukkan prestasi sebenar semula.
Bahagian pertahanan MU mungkin akan menyaksikan perubahan ketara. Dengan beberapa pemain senior tidak diperbaharui kontrak dan prestasi yang kurang memberangsangkan, MU terpaksa mendapatkan pemain baru. Setakat ini, MU dikatakan sedang berusaha keras untuk mendapatkan Luke Shaw dan Mats Hummels.
Walaupun hanya berusia 18 tahun, Shaw dilihat sebagai pengganti bagi Evra memandangkan prestasi konsistennya musim ini selain berjaya menempatkan dirinya dalam 'Team of the Year'. Hummels pula akan mengisikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Vidic dan dijangkakan akan bergandingan dengan Jones di pertahanan tengah. Rafael pastinya akan terus memainkan peranannya di pertahanan kanan dan kemungkinan akan berhadapan saingan jika MU berjaya mendapatkan Seamus Coleman dari Everton.
Prestasi Smalling dan Evans yang tidak konsisten dan kerap mengalami kecederaan antara faktor MU mencari pemain pertahanan baru. Buttner pula lebih sesuai selaku 'back-up' walaupun berupaya beraksi dengan baik apabila diturunkan.
Beralih pula ke bahagian tengah MU. Pastinya beberapa pemain akan disingkirkan seperti Cleverley, Anderson, Young, Kagawa, Valencia, Fellaini dan Nani. Mungkin Carrick, Mata dan Fletcher sahaja dianggap selamat. MU akan cuba memperkuatkan bahagian tengah dengan mendapatkan William Carvalho, Marco Reus dan Kevin Strootman. Toni Kroos dan Cesc Fabregas turut menjadi sasaran MU.
Carvalho merupakan pemain tengah muda yang mampu menjalankan tugas defensif selain mempunyai larian dan stamina yang tinggi. Reus pula mampu menambahkan sengat bahagian sayap MU memandangkan pemain sedia ada tidak begitu cemerlang beberapa musim kebelakangan ini. Strootman dilihat akan menjadi pengganti kepada Carrick yang kini sedang menghampiri penghujung kariernya. Kroos dan Fabregas akan menjadi pilihan MU jika ingin menambahkan kreativiti di bahagian tengah MU.
Bahagian serangan MU akan mengalami perubahan jika Hernandez berhijrah musim hadapan selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan peluangnya beraksi dalam kesebelasan utama. Nasib Welbeck juga mungkin tidak menentu kerana tidak banyak memberikan sumbangan berkesan. Jadi, MU mungkin memerlukan seorang penyerang baru untuk bersama dengan RVP dan Rooney di bahagian serangan. Edinson Cavani yang tidak gembira di PSG boleh menjadi pilihan terbaik buat MU.
Dengan kehadiran beberapa pemain baru, MU mungkin melakukan persediaan yang baik bagi menghadapi saingan musim depan. Episod kekecewaan pada musim ini seharusnya dilupakan dan sasaran untuk kembali menjadi kelab terbaik perlu dicapai pada musim hadapan.
Kemungkinan kesebelasan utama MU musim hadapan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan