Keputusan perlawanan:
MANCHESTER UNITED 0
EVERTON 2
Baines 28 ' (pen)
Mirallas 43'
Pemain terbaik perlawanan:
KEVIN MIRALLAS
Kesebelasan utama MU:
Pertukaran pemain:
Hernandez >> Evans
Valencia >> Nani
Welbeck >> Kagawa
Ulasan perlawanan:
Memalukan. Satu perkataan yang mampu untuk merumuskan persembahan keseluruhan MU ketika bertandang ke Everton malam tadi. MU ternyata layak untuk tewas 0-2 di tangan Everton kerana gagal menunjukkan persembahan yang cukup bagus.
Walaupun DM dikatakan menurunkan kesebelasan terbaik MU dan menggunakan pendekatakan yang lebih menyerang, tetapi itu masih belum cukup untuk memecahkan kekentalan pertahanan Everton yang bermain dengan cukup disiplin.
Rooney tidak bergitu berkesan dalam mengepalai serangan MU kerana kerap meninggalkan posisinya sekaligus mengakibatkan Nani, Kagawa dan Mata gagal untuk membuat lorongan ke dalam kotak penalti lawan.
Selain itu, kegagalan Kagawa untuk memberikan sokongan dan pertolongan kepada Buttner turut membolehkan Coleman bergerak bebas di bahagian kiri MU dan peluang tersebut dipergunakan dengan sebaiknya oleh Everton bagi mendapatkan gol kedua menerusi Mirallas yang menyudahkan hantaran cantik Coleman.
Carrick dan Fletcher agak tertekan dengan corak permainan Barry dan McCarthy yang cepat dan kerap memberikan tekanan acapkali mendapatkan bola. Peratusan penguasaan bola yang tinggi dimiliki oleh MU tidak mampu diterjemahkan kepada gol memandangkan bola lebih banyak berlegar-legar di kawasan tengah padang.
Pertahanan MU menerusi gandingan Evans dan Jones tampak begitu rapuh. Mereka berdua agak kelam-kabut dalam menangani asakan Lukaku yang hanya bertindak keseorangan. Mujur kecekapan DDG menidakkan beberapa peluang keemasan Everton.
Kekalahan 0-2 ini boleh dikatakan menamatkan impian MU untuk beraksi di persaingan peringkat eropah pada musim hadapan. Selain itu, nasib DM juga mungkin dalam situasi panas setelah gagal membimbing MU untuk memberikan persembahan bertenaga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan