Isnin, 18 Februari 2013

Keputusan Perlawanan dan Kedudukan Carta Liga Perdana 2013 - MD6


Selepas berehat panjang selama lebih tiga minggu, LPM kembali beraksi semula. Kedah yang sebelum ini mencatatkan beberapa siri kemenangan telah tewas mengejut 1-2 di halaman sendiri di tangan Perlis yang hanya beraksi beraksi 10 orang pemain sepanjang tempoh separuh masa kedua. Kemenangan di SDA merupakan tiga mata penuh pertama yang berjaya diperoleh oleh Perlis pada musim ini.

Sime Darby FC merampas kedudukan teratas liga apabila membelasah NS Betaria FC dengan 6-0. PDRM pula mengalami kekalahan pertamanya apabila tumpas 0-1 kepada Sarawak dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching. Sepertimana Perlis, UiTM FC juga mencatatkan kemenangan pertama dengan menumbangkan Sabah 2-0.

Kuala Lumpur dan KL SPA Putrajaya FC hanya sekadar berkongsi satu mata selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0. Johor cemerlang dengan mengalahkan Pos Malaysia FC 2-0 di tempat lawan.


Keputusan perlawanan MD6:
KUALA LUMPUR
00
STADIUM PBKL, CHERAS
KL SPA PUTRAJAYA FC
NS BETARIA FC
0 – 6
STADIUM HANG JEBAT, MELAKA
SIME DARBY FC
UiTM FC
2 0
STADIUM HANG TUAH, MELAKA
SABAH
POS MALAYSIA FC
0 – 2
STADIUM SELAYANG, SELANGOR
JOHOR
SARAWAK
1 – 0
STADIUM NEGERI, SARAWAK
PDRM
KEDAH
1 – 2
STADIUM DARULAMAN, KEDAH
PERLIS

Kedudukan semasa carta Liga Perdana:

Pasukan P M K S J B PG Mata
SIME DARBY 6 4 0 2 13 2 11 14
SARAWAK 6 4 0 2 11 2 9 14
PDRM 6 4 1 1 14 2 12 13
JOHOR 6 4 1 1 12 3 9 13
KEDAH 6 4 2 0 8 5 3 12
SABAH 6 2 3 1 9 11 -2 7
POS MALAYSIA 6 2 3 1 5 8 -3 7
KUALA LUMPUR 6 2 3 1 7 14 -7 7
KL SPA 6 1 3 2 9 10 -1 5
PERLIS 6 1 4 1 6 11 -5 4
NS BETARIA 6 1 4 1 4 18 -14 4
UiTM 6 1 5 0 2 12 -10 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan