Selasa, 23 Oktober 2012

Off topic: Bertahun sudah (rasanya haha)


Ahhhh lama sudah tak update blog. Bukan apa, aritu ada pun cuma ada pasai kelayakan WC2014, jadi tak bapa menarik nak ulas. Tambah lak aku pun tak layan sangat bola negara ni. Kalu dan baru layan. Dahtu aku pi outstation plus bercuti seminggu. Mana la nak cari masa ngadap PC atau laptop nak karang entry hehe. Harap yang duk follow blog aku ni tak marah la no.

Jadi, sementara nak tunggu feel mai balik, aku boh pi la entry, cerita skit pasai apa aku takleh update blog lama sangat. Jangankan update blog, buat pertama kalinya jugak untuk musim ni, aku terlepas game BPL MU. Takat tengok highlight ja la. Jangan expect sangat aku nak wat ulasan detail cam besa untuk game baru ni.

Actually minggu sudah aku saja wat pulun pala rajin pi kursus kat PJ. Kursus tu dua ari ja, Selasa dan Rabu. Patutnya Isnin pagi aku nak tolak pi dah, tapi cek untuk bayaq yuran kursus tu lambat sangat kluaq. Tunggu punya tunggu, tepon orang nu, tepon orang ni, last-last cek tu kluaq jugak dalam koi 3.30 petang. Amik ja cek tu, teruih ja pederaih moto dari Kangaq balik Jitra. Bukannya 10 minit cheq oi, mau 40 minit juga melenjan moto aku tu.

Sampai ja umah, bini aku lak habaq kata dua anak aku tu tidoq. Sementara depa tidoq, aku pun kemaih la apa lagi barang yang patut bawak. Tu pun mujoq la isteri tercinta aku dah packing bag awai lagi, jadi takla kalut sangat. Pi mai pi mai, kol 5.00 petang baru kluaq umah. Tapi dengan nak kena singgah bank untuk masukkan duit la, isi minyak la, 5.30 petang kot baru keta aku jejak kat highway.

Bawak keta pun tak laju mana. Dahtu berenti rehat dan makan lagi. Tak campoq lagi berenti amik botoi ayaq anak dan kencing tepi jalan, alih-alih kluaq tol Subang pun dah kol 11.30 malam. Check-in kat hotel kol 11.45 malam. Kami semua tidoq tiga malam kat Shah's Village Hotel, PJ sebab dekat dengan tempat kursus aku. Jalan kaki ja pi pun.

Tup tup abih ja kursus, tengah hari Khamis tu kami berangkat pi Kuantan. Bukan apa, bini aku tak penah sampai sana katanya, walaupun tiga empat tahun lepas, kami dua penah lalu Kuantan, masa balik dari Kuala Terengganu (KT), tapi lalu saja la. Tu yang dia kata tak penah sampai. So, tidoq la kat Kuantan satu malam. Sampai Kuantan pun dah petang, so direct check-in hotel. 

Dalam sejarah diri aku, dinner makan dua kali. Ni semua gara-gara member bini aku la kata ada satu restoren tu sedap. Mula-mula, kami pi pekena ikan bakaq petai kat Tanjung Lumpoq. Dahtu pi makan lak ikan siakap stim limau. Hmmm memang bukan selera aku la ikan stim tu. Masam betoi. Bini aku pun makan skit ja. 

Jumaat pagi takpi jalan mana-mana pun kat Kuantan sebab ujan lebat. Kat kol 12.00 tengah hari, kami check-out dan teruih gerak menghala pi KT. On the way, singgah sat kat Kuala Kemaman nak mentekedarah otak-otak dan pais. Dan la jugak aku solat Jumaat kat Masjid Geliga.

Cam kat Kuantan, kami sampai KT belah petang jugak. Check-in la kat hotel tepi pantai, tapi takleh nak pi pantai sebab depa tengah renovate ka, apa tah kat pantai tu. Mai malam, tak pi jalan mana pun sebab anak pompoan aku tidoq awai. Jadi, sok la kami pi Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal. Tu pun lepas ronda sat kat Pasar Payang. Tak beli apa sangat pun sebab bini aku duk target nak shopping kat Kota Bharu (KB).

Abih ja ronda kat KT, kami pun teruih pi KB. Ada la dua tiga kali silap jalan sebab aku tak penah lagi pi Kelantan dari Terengganu. Hat duk besa kerap dari Kedah pi Kelantan. Sampai KB pun takla petang sangat dan check-in kat hotel dekat dengan Pasar Siti Khadijah. Rehat sat kat hotel dahtu pi PCB. Cam slalu, ada orang juai minyak angin sambil main ulaq kat pantai. Kami dinner siap-siap kat PCB.

Mai malam, kira lepas Isyak, KB tu lengang. Sebabnya orang-orang Kelantan pakat duk ngadap tv tengok final Piala Malaysia. Uptown kat belakang KBTC pun takdak sapa meniaga. Tapi kat Stadium Sultan Mohamad keIV cukup ramai, sampai jem jalan sebab ramai tengok bola kat situ guna skrin gergasi. Meriah jugak dengan orang duk meniaga barang-barang Red Warrior.

Tidoq malam tu pun kaco jugak sebab depa pakat duk cucuh mercun, ha la Kelantan jadi juara. Mujoq anak-anak aku tak bapa nak heran sangat. Sok pagi, jalan kaki ja pi tapao sarapan kat Pasar Siti Khadijah. Mai tengah hari, lepas check-out hotel, pi balik situ untuk shopping. Tapi hat buat gheja tu, bini aku lak. Aku lak ngasuh dua anak aku tu.

Dah setel semua, baru bertolak balik Kedah. On the way balik Jitra, singgah sat umah adik aku kat Sik. kol 9.30 malam baru sampai Jitra. Badan ni punya la lenguh. Mau tak, dekat 2000km oo bawak keta hehe. Rasanya dalam masa terdekat ni takpi la kot pantai timur lepas berjalan sangat minggu sudah.


p/s: Aku tak upload gambaq sebab camera bini aku punya hahaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan