Khamis, 26 Januari 2017

Piala pertama dalam dakapan


Syabas buat Kedah apabila menjulang Piala Sumbangsih dalam perlawanan pembukaan musim baharu Liga Super apabila menewaskan JDT menerusi sepakan penalti 5-4.

Sepertimana yang diketahui, pertembungan antara juara Piala Malaysia, Kedah dengan juara Liga Super, JDT merupakan perlawanan 2-1 iaitu perlawanan pertama liga dan perlawanan untuk menentukan siapa yang akan menjulang Piala Sumbangsih. Perlawanan dilangsungkan di Johor dan sememangnya stadium akan dipenuhi dengan ribuan penyokong terutamanya dari Johor.

Bagi perlawanan pertama liga, Kedah dan JDT sekadar berpuas hati apabila berkongsi satu mata selepas kedua-dua pasukan hanya mampu seri 1-1 dalam 90 minit masa permainan. Perancang utama Kedah, Liridon ternyata menjadi sasaran pemain JDT apabila kerap menerima kekasaran.

JDT terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti dalam separuh masa pertama dan Kedah berjaya menyamakan kedudukan menjadi 1-1 hasil rembatan deras Baddrol dari luar kotak penalti. Perlawanan turut dihiasi beberapa layangan kad kuning untuk kedua-dua pasukan di samping JDT terpaksa bermain dengan 10 orang pemain selepas pemainnya dilayangkan kad merah.

Satu permulaan yang baik buat Kedah dan diharapkan skuad Sang Helang ini dapat meneruskan rentak permainan yang cemerlang untuk perlawanan seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan