Selasa, 6 Disember 2016

Hebat Chelsea


Di bawah kendalian Conte, Chelsea nampak cukup bergaya.

Syabas diucapkan kepada Chelsea kerana mengungguli carta BPL dengan cukup bergaya. Kecemerlangan Chelsea ini sememangnya tidak dapat dinafikan memandangkan Chelsea berupaya untuk menewaskan pencabar-pencabar kejuaraan BPL musim ini dalam beberapa perlawanan yang lepas.

Conte boleh dikatakan seorang 'tactical genius' apabila berani menerapkan formasi 3-4-3 untuk kesebelasan utama Chelsea dalam beberapa perlawanan getir. Walaupun tampak agak menggusarkan di bahagian pertahanan, namun Chelsea bukanlah satu pasukan yang mudah dibolosi oleh pasukan lawan.

Formasi tersebut seolah-olah memberikan peluang kepada pasukan lawan untuk memiliki peratusan besar penguasaan bola. Walaubagaimanapun, ianya memberikan kekentalan kepada pasukan Chelsea apabila dapat membentuk pertahanan yang terdiri daripada tujuh orang pemain yang berada di kawasan sendiri.

Chelsea sebenarnya cukup berbahaya ketika melancarkan serangan balas. Antara mangsa ketajaman Chelsea ketika serangan balas dilancarkan adalah MU dan Man City. Kedua-dua kelab Manchester ini gagal untuk mengekang kepantasan dan kelincahan penyerang Chelsea ketika menghadapi serangan balas Chelsea. Chelsea juga tidak berhadapan masalah untuk mengatasi cabaran juara BPL musim lepas, Leicester City, Tottenham Hotspur dan Everton.

Ternyata Chelsea begitu mantap musim ini dan kebarangkalian untuk Chelsea menjuarai BPL musim ini amat tinggi berbanding pasukan pencabar lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan