Jumaat, 5 Julai 2013
Apa boleh buat, dah depat kuat
Lions XII juara Liga Super
PASUKAN jemputan dari Singapura, Lions XII mengesahkan kejuaraan Liga Super musim ini menjadi milik mereka selepas membelasah Felda United, 4-0 di Stadium Jalan Besar malam ini.
Kemenangan ke-12 daripada 21 perlawanan yang dicatatkan oleh skuad bimbingan V Sundramoorthy itu membolehkan mereka dinobat juara buat kali pertama dengan mengumpul 43 mata meskipun berbaki satu lagi perlawanan.
Kekalahan itu pula menyaksikan Felda United bakal diturunkan beraksi dalam Liga Perdana musim depan bersama Negeri Sembilan selepas masing-masing menghuni tangga ke-11 dan 12.
Empat gol Lions XII pada perlawanan itu dijaringkan oleh Azrul Ahmad yang menjaringkan gol sendiri daripada tendangan Shahril Ishak pada minit ke-47 sebelum Shahril meledak gol kedua (m-57), Fazrul Nawaz (m-60), dan Shahfiq Ghani (m-83).
sumber: http://www.sinarharian.com.my/arena-bolasepak/liga-malaysia/lions-xii-juara-liga-super-1.178214
Tiada ulasan:
Catat Ulasan