Selasa, 19 Februari 2013

Keputusan Perlawanan dan Kedudukan Carta Liga Perdana 2013 - MD7


Sime Darby FC sekali lagi mencatatkan kemenangan besar apabila menumpaskan Kuala Lumpur 5-1 di mana Sime Darby FC telahpun meledakkan 11 gol dalam dua perlawanan. PDRM pula tewas buat kali kedua berturut-turut dengan kekalahan 1-2 kepada Johor.

Kedah dikejutkan dengan gol pembukaan dari KL SPA Putrajaya FC sebelum bangkit untuk menjaringkan dua gol bagi memperoleh kemenangan 2-1. Pertembungan antara dua pasukan dalam kelompok bawah liga iaitu Perlis dengan UiTM FC hanya berkesudahan dengan 1-1.

Pos Malaysia FC membuat kejutan apabila menumbangkan Sabah di halaman lawan dengan keputusan 2-1. NS Betaria FC terus dirundung malang apabila mengalami lagi kekalahan dengan tumpas 0-1 di tangan Sarawak.


Keputusan perlawanan MD7:
SABAH
1 – 2
STADIUM LIKAS, SABAH
POS MALAYSIA FC
NS BETARIA FC
0 – 1
STADIUM HANG JEBAT, MELAKA
SARAWAK
PERLIS
1 – 1
STADIUM UTAMA, PERLIS
UiTM FC
JOHOR
2 – 1
STADIUM MBPG, JOHOR
PDRM
SIME DARBY FC
5 1
STADIUM SELAYANG, SELANGOR
KUALA LUMPUR
KL SPA PUTRAJAYA FC
1 2
STADIUM UiTM, SHAH ALAM
KEDAH

Kedudukan semasa carta Liga Perdana:

Pasukan P M K S J B PG Mata
SIME DARBY FC 7 5 0 2 18 3 15 17
SARAWAK 7 5 0 2 12 2 10 17
JOHOR 7 5 1 1 14 4 10 16
KEDAH 7 5 2 0 10 6 4 15
PDRM 7 4 2 1 15 4 11 13
POS MALAYSIA FC 7 3 3 1 7 9 -2 10
SABAH 7 2 4 1 10 13 -3 7
KUALA LUMPUR 7 2 4 1 8 19 -11 7
KL SPA PUTRAJAYA FC 7 1 4 2 10 12 -2 5
PERLIS 7 1 4 2 7 12 -5 5
UiTM FC 7 1 5 1 3 13 -10 4
NS BETARIA FC 7 1 5 1 4 19 -15 4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan