Keputusan perlawanan:
MANCHESTER UNITED 3
Evans 64'
Fletcher 68'
Chicharito 71'
QUEENS PARK RANGERS 1
Mackie 52'
Pemain terbaik perlawanan (pilihan MBD):
ANDERSON
Kesebelasan utama:
Pemain gantian:
Anderson >> Scholes
Chicharito >> Young
Powell >> Welbeck
Ulasan perlawanan:
MU berjaya memintas Man City untuk menerajui carta BPL selepas mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Queens Park Rangers (QPR) di mana Fletcher meraikan kembalinya beraksi selepas satu tahun dengan menyumbangkan satu gol. Kesemua gol dalam perlawanan dijaringkan pada separuh masa kedua.
SAF sekali lagi membuat kejutan apabila menyenaraikan Fletcher dan Scholes sebagai gandingan di bahagian tengah. Pemilihan Scholes untuk bermula dari kesebelasan utama telah memberikan kesan kepada permainan MU walaupun pemain senior itu banyak membuat hantaran bagi menggerakkan serangan MU. Namun, corak sebegitu dilihat tidak bersesuaian dengan MU ketika ini MU lebih meyakinkan apabila bermain secara pantas.
Kemasukan Anderson yang menggantikan Scholes membolehkan MU mengubah corak permainan tatkala MU ketinggalan 0-1 selepas Mackie menjaringkan gol tunggal QPR. Tenaga yang ditunjukkan oleh Anderson menyebabkan MU menguasai kawasan tengah padang yang sebelum itu tenggelam kerana kecemerlangan Derry dan Fraulin.
Sepertimana Valencia, Young juga mungkin boleh diberikan waktu untuk berehat selepas mempamerkan aksi yang cukup longlai. Young tidak banyak membantu di bahagian sayap sehingga menyebabkan Rooney terpaksa bergerak ke bawah dan meninggalkan RVP mengancam QPR secara keseorangan. Chicharito sekali lagi memberikan impak apabila dimasukkan sebagai pemain gantian dan kehadirannya membolehkan MU mempunyai pilihan serangan yang banyak.
Bahagian pertahanan MU mungkin sedikit ralat apabila tidak berjaya mendapatkan 'clean sheet'. Ini adalah kerana sepanjang perlawanan, boleh dikatakan Rafael, Ferdinand, Evans dan Evra tangkas mengekang serangan QPR dengan mudah mengawasi Cisse dan Taarabt. Namun, akibat berlakunya kekalutan dalam kotak penalti selepas QPR memperoleh sepakan sudut memberikan peluang kepada QPR untuk menjaringkan gol.
Rooney perlu diberikan pujian kerana menunjukkan kerajinan dan semangat yang cukup tinggi dalam menggerakkan serangan MU. Dua sepakan sudut Rooney berjaya membolehkan MU mendapatkan gol menerusi Evans dan Fletcher. Selain itu, Rooney tampak berkesan membuat lorongan kepada RVP. Rooney dan RVP mungkin tidak bernasib baik untuk menempatkan diri masing-masing selaku penjaring gol MU selepas beberapa kali membuat percubaan ke arah pintu gol QPR.
MU sekali lagi melepaskan gol lawan terlebih dahulu sebelum bangkit untuk mencatatkan kemenangan. Kekerapan ini seharusnya dihentikan kerana MU sepatutnya boleh memenangi perlawanan dengan mudah tetapi terpaksa bekerja dengan keras. Selain itu, mungkin tiba masanya peluang diberikan kepada Anderson untuk beraksi dari kesebelasan utama. Aku yakin, ramai yang bersetuju bahawa Anderson menunjukkan persembahan yang memberangsangkan pada musim ini dan kehadirannya di bahagian tengah MU bakal memberikan kekuatan secukupnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan