Jumaat, 16 November 2012

Preview: MU vs Norwich City (BPL)


MU bukan hanya perlu beraksi di gelanggang lawan, malah sekali lagi bertemu dengan pasukan di kelompok terbawah iaitu Norwich City (NC) dalam perlawanan yang akan berlangsung pada awal pagi Ahad.




Sepertimana yang dikatakan oleh SAF, Chicharito pastinya akan beraksi dalam kesebelasan utama selepas meledakkan hatrik ketika membantu MU bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas Aston Villa hujung minggu lepas. Bagi membantu Chicharito, Anderson akan diturunkan dengan memainkan peranan sebagai 'playmaker'.

RVP dan Rooney tidak dapat beraksi hujung minggu ini bagi memberikan ruang kepada mereka untuk berehat selain memulihkan diri dari kecederaan. Mereka berdua turut tersisih daripada aksi perlawanan antarabangsa yang berlangsung pertengahan minggu ini.

Walaubagaimanapun, kesebelasan utama untuk bertemu NC perlu juga mempertimbangkan aksi pertengahan minggu iaitu saingan UCL menentang Galatasaray. Dengan MU sudah mengesahkan slot ke pusingan seterusnya, tumpuan MU pastinya terarah kepada saingan BPL dengan menurunkan kesebelasan terbaik dan memberikan peluang kepada pemain lain ketika berkunjung ke Turki nanti.

Evans yang belum cergas sepenuhnya akan memberikan ruang kepada Smalling untuk berpasangan dengan Ferdinand. Dengan beraksi lebih kerap dalam perlawanan kompetitif, secara tidak langsung Smalling dapat memastikan dirinya memperoleh 'match fitness' seterusnya memperkuatkan bahagian pertahanan MU yang ketika ini kelihatan agak rapuh dan mudah untuk dibolosi.

Young yang beraksi cemerlang ketika mewakili England baru-baru ini akan mengambil tempat di sayap kiri manakala Valencia seperti biasa ditempatkan di sayap kanan. Ketiadaan Nani dan mungkin juga Kagawa membolehkan SAF melakukan keputusan mudah kerana kurangnya pilihan bagi bahagian sayap.

Carrick berkemungkinan besar berpasangan dengan Cleverly di bahagian tengah MU. Ini adalah kerana Scholes dan Giggs dilihat kurang memberikan kesan kepada permainan MU selain mengaturkan pergerakan MU secara perlahan. Anderson diberikan peluang kerana setakat ini, persembahan yang ditunjukkan amat memberangsangkan.

Tiga posisi lagi iaitu penjaga gol dan pertahanan tepi akan diisikan oleh DDG, Rafael dan Evra. Dengan adanya saingan daripada Buttner, Evra seolah-olah telah kembali memperlihatkan prestasi yang sebenar dan yang paling menonjol adalah kurangnya Evra melakukan kesilapan. Rafael pula semakin matang dan tempatnya di pertahanan kanan agak sukar digugat oleh pemain lain.


Kesebelasan utama:



Jangkaan perlawanan dan keputusan:

Aku menjangkakan MU mampu untuk memperoleh kemenangan mudah ke atas NC. Chicharito sekali lagi membuktikan ketajamannya di hadapan pintu gol lawan di samping Anderson menjadi watak penting dalam memusnahkan cabaran NC. Kemenangan 5-2 bakal diperoleh oleh MU dengan Chicharito menyumbangkan hatrik dan dua gol lagi daripada Valencia dan Anderson.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan