Jumaat, 2 November 2012

Preview: MU vs Arsenal (BPL)


Satu perlawanan yang menarik kerana bukan sahaja RVP buat pertama kalinya akan beraksi menentang Arsenal selepas lapan tahun bersama Arsenal malah Arsenal juga ingin memastikan episod lara musim lepas iaitu kekalahan besar 2-8 tidak berulang pada musim ini.



MU boleh dikatakan telah melakukan persediaan rapi bagi melayan kunjungan Arsenal ke OT pada hujung minggu ini. Kesemua pemain kesebelasan utama kecuali Rafael yang beraksi ketika menewaskan Chelsea hujung minggu lepas diberikan masa untuk berehat apabila tidak diturunkan pada perlawanan pusingan keempat Capital One Cup.

Dengan ini, bolehlah aku simpulkan bahawa SAF akan menurunkan kesebelasan utama yang sama seperti hujung minggu lepas. Ini adalah kerana, sepertimana Chelsea, Arsenal mempunyai bahagian tengah yang mantap. Pemain baru Arsenal yang mencuri tumpuan iaitu Cazorla yang agak tenggelam dalam perlawanan BPL kebelakangan ini pastinya ingin mengembalikan prestasi terbaiknya ketika bertemu MU.

Arsenal juga turut menarik nafas lega apabila Wilshere sudah kembali cergas dan boleh beraksi. Namun, Arsenal mungkin menghadapi krisis di bahagian serangan walaupun Arsenal berjaya meledakkan tujuh gol ketika menewaskan Reading dalam saingan Capital One Cup.

MU pula ingin meneruskan rentak cemerlang dengan harapan untuk mengalahkan Arsenal. Beraksi di halaman sendiri masih belum boleh dikatakan menjadi kelebihan kerana pada perlawanan yang berlangsung di OT pada musim ini, MU telahpun ditewaskan oleh Spurs. Selain itu, MU juga cenderung untuk memberikan peluang kepada pasukan lawan menjaringkan gol pendahuluan.

Jadi, MU perlu menampilkan permainan sepertimana 20 minit pertama ketika bertemu Chelsea jika ingin mencatatkan kemenangan ke atas Arsenal. Bahagian tengah sekali lagi menjadi kunci bagi permainan MU. Jika Carrick dan Cleverly dan dibantu oleh kerajinan Rooney mampu untuk mengekang pergerakan Cazorla, Wilshere dan Arteta, MU berpeluang cerah untuk mengutip tiga mata penuh.

RVP yang telah menjaringkan sembilan gol buat MU musim ini dilihat mampu untuk merobek pertahanan Arsenal. Rooney yang lebih bermain secara defensif ketika bertemu Chelsea berkemungkinan besar menjadi penggerak utama MU dalam melancarkan serangan. Valencia dan Young pula akan memastikan RVP dan Rooney mempunyai bantuan dan sokongan dari sebelah sayap. Yang pasti, keluasan padang OT akan dipergunakan dengan sebaiknya menerusi larian Valencia dan Young.


Kesebelasan utama:



Jangkaan keputusan

Dengan rehat secukupnya diberikan kepada para pemain, MU dijangkakan dapat menurunkan kesebelasan utama terbaik. Ini sekaligus memberikan peluang yang agak cerah buat MU untuk menumpaskan Arsenal. Perlawanan Sabtu ini akan menampilkan permainan yang pantas dan aku pastinya menjangkakan MU mampu untuk mengutip tiga mata penuh dengan kemenangan 4-1 di mana Rooney dan RVP masing-masing menjaringkan dua gol.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan