Keputusan perlawanan:
MANCHESTER UNITED 3
Evans 8'
Evra 15'
Cleverly 71'
NEWCASTLE UNITED 0
Pemain terbaik perlawanan (pilihan MBD):
WAYNE ROONEY
Kesebelasan utama:
Pemain gantian:
Valencia >> Kagawa
Scholes >> Rooney
Giggs >> RVP
Ulasan perlawanan:
Akhirnya pada musim ini, MU menunjukkan persembahan mantap apabila mengutip mata penuh dari Sports Direct Arena dengan menumpaskan Newcastle United (NU) 3-0. Walaubagaimanapun, tiga gol MU tersebut tidak disumbangkan oleh penyerang tetapi dua daripadanya menerusi pemain pertahanan iaitu Evans dan Evra.
Oleh kerana ketiadaan pemain sayap yang diturunkan dalam kesebelasan utama, SAF memilih untuk menggunakan formasi 4-4-2 (berlian) dengan menjadikan Rooney sebagai 'playmaker' MU. Ternyata taktikal dan strategi yang dicanangkan oleh SAF membuahkan hasil yang setimpal dengan Rooney berjaya memberikan impak terhadap persembahan MU. Selain memberikan 'assist' kepada dua gol, Rooney sememangnya layak untuk ditabalkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
Evra juga mungkin layak untuk diberikan anugerah pemain terbaik perlawanan kerana mempamerkan aksi yang cukup mantap. Persembahan Evra malam tadi mengembalikan semula prestasi cemerlangnya yang pernah ditunjukkan pada musim sebelum ini. Rafael turut perlu diberikan pujian kerana beraksi dengan baik sama ada ketika menyerang ataupun bertahan. Ben Arfa yang sememangnya diketahui lincah dirantai dengan kemas oleh Rafael.
Kunci kemenangan MU ke atas NU terletak kepada kekuatan tengah. Carrick yang ditugaskan melindungi barisan pertahanan bermain dengan baik. Cleverly pula menjadikan pergerakan MU sedikit pantas dengan cara yang mudah iaitu tahan, lari dan hantar. Namun, Kagawa yang diletakkan di posisi sedikit ke belakang boleh dikatakan tenggelam.
Walaupun secara keseluruhan pemain MU menunjukkan prestasi yang baik, namun terdapat kelemahan yang ketara berjaya didedahkan oleh NU. DDG tampak menghadapi kesukaran dalam menangani hantaran lintang NU kerana kerap diasak secara fizikal serta gagal membuat agakan dengan tepat. Mujur kelemahan DDG itu tidak dieksplotasikan dengan sepenuhnya oleh NU. Mungkin kegugupan DDG berpunca dari polisi penggiliran penjaga gol yang dilakukan oleh SAF.
Setelah beberapa perlawanan, MU berjaya menafikan pihak lawan dari memperoleh gol pendahuluan. Ini sekaligus membolehkan MU untuk menguasai permainan dan hasilnya MU memperoleh gol pertama menerusi tandukan Evans yang menyambut sepakan sudut RVP. Gol kedua MU turut dihasilkan menerusi sepakan sudut. Evra mudah menanduk masuk bola hasil sepakan sudut Rooney.
Cleverly menjaringkan satu-satunya gol 'open play' apabila rembatan atau hantaran lintangnya dari luar kotak penalti menerjah jaring NU. Gol tersebut terus mematikan semangat NU untuk cuba bangkit. Cleverly ternyata mengikut nasihat Lampard yang mengatakan bahawa seorang pemain tengah yang baik, bukan sahaja mengemudi bahagian tengah pasukan, tetapi perlu menjaringkan gol.
MU seharusnya menampilkan persembahan baik seperti malam tadi sejak dari awal musim lagi. Pada perlawanan terdahulu, MU kelihatan tercari-cari rentak permainan dan tidak bermain seperti sepatutnya. Mungkin, aksi pada separuh masa kedua ketika mengalami kekalahan kepada Spurs di OT menjadi titik tolak buat MU untuk terus memberikan persembahan yang memberangsangkan selepas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan