Selasa, 23 Oktober 2012

Preview: MU vs SC Braga (UCL)


Beraksi di halaman sendiri, MU dijangkakan mampu untuk mengutip tiga mata penuh dengan kemenangan ke atas SC Braga (Braga) memandangkan rekod pertemuan MU dengan kelab dari Portugal dalam lapan perlawanan terdahulu menyaksikan MU mencatatkan lima kemenangan dan tiga keputusan seri.



Beberapa pemain utama akan diberikan ruang untuk berehat kerana pastinya SAF boleh dikatakan memberikan sedikit perhatian kepada pertembungan dengan pendahulu BPL, Chelsea yang akan berlangsung pada hari Ahad ini. Namun begitu, SAF tidak akan memandang mudah cabaran yang akan diberikan oleh Braga dan bakal menurunkan kesebelasan terbaik walaupun ketiadaan nama-nama besar seperti Rooney dan RVP.

Sepertimana yang telah diberitahu oleh SAF, Evra dan Ferdinand antara pemain yang pasti tidak beraksi dalam perlawanan UCL kerana mereka berdua merupakan pemain yang berusia dan memerlukan tempoh untuk memulihkan kembali kecergasan selepas beraksi ketika menentang Stoke City baru-baru ini.

Jadi, dengan ketiadaan Ferdinand dan pemain pertahanan yang cedera iaitu Vidic, Jones dan Smalling, kemungkinan besar Carrick akan berpasangan dengan Evans di posisi pertahanan tengah. Rafael mengisi slot di pertahanan kanan sementara Buttner mengambil tempat Evra di pertahanan kiri. Mereka berempat akan berada di hadapan Lindegaard yang mengawasi gawang gol MU.

Oleh kerana pilihan pemain yang ramai, SAF akan menurunkan lima pemain tengah dengan harapan untuk memenangi pertarungan di kawasan tengah padang. Fletcher yang masih lagi belum membuat penampilan dalam BPL bakal menjadi tonggak tengah dan akan dibantu oleh Anderson dan Cleverly. Kagawa yang tidak beraksi pada hujung minggu lepas akan diberikan peranan sedikit ke hadapan bersama Young. Chicharito pula akan menjadi penyerang tunggal MU dalam merobek pertahanan Braga menerusi larian bijak.

Jika kemenangan berjaya diperoleh, MU berada dalam kedudukan yang cukup selesa untuk melangkah ke pusingan seterusnya daripada kumpulan H. Dengan MU bakal berhadapan beberapa perlawanan getir menentang kelab besar seperti Chelsea dan Arsenal dalam tempoh masa terdekat, MU perlu melakukan rombakan kesebelasan utama dengan pertukaran pemain bagi memastikan MU berada dalam keadaan terbaik.


Kesebelasan utama:



Jangkaan keputusan:

MU perlu mengelakkan Braga dari menjaringkan gol terlebih dahulu dan mencari gol seawal permainan bermula. Ini bagi memastikan MU dapat menguasai permainan dengan tenang. Aku menjangkakan MU mampu untuk menewaskan Braga dengan keputusan 2-0 di mana gol akan disumbangkan oleh Kagawa dan Cleverly.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan