Rabu, 5 November 2014

Tahniah Tok Gajah


Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Pahang kerana menjuarai Piala Malaysia 2014 selepas menumpaskan JDT menerusi penentuan sepakan penalti. Kejuaraan Pahang tahun 2014 ini mengulangi kejayaan yang dikecapi pada tahun lepas yakni menjadi juara Piala Malaysia dua tahun berturut-turut. Kini, Pahang sudah menjulang Piala Malaysia sebanyak empat kali, menyamai pencapaian Kedah dan Pulau Pinang.

Senarai pemenang tahun ni


Kancah bola sepak Malaysia semakin berkembang saban tahun. Rakyat Malaysia sudahpun mulai mengambil minat terhadap arena bola sepak tempatan. Kebangkitan pasukan-pasukan yang dikira 'old timer' dan munculnya pasukan baru yang mantap telah menjadikan saingan bola sepak tempatan. Malaysia sememangnya memerlukan suasana begini walaupun FAM tidak banyak membantu dalam memeriahkan lagi bola sepak tempatan dengan pelbagai keputusan yang dilihat tidak begitu bijak. Walaubagaimanapun, kita selaku rakyat Malaysia harus berbangga dengan sukan bola sepak kita sendiri dan memberikan sokongan terhadap pasukan yang diminati.